SEASON PASS
Apa itu Plan SEASON PASS?
- Plan yang diperkenalkan oleh XOX Mobile sebagai penyedia perkhidmatan ONEXOX bermula pada 1 Ogos 2016.
- Merupakan satu plan yang memberi LEBIH PENJIMATAN kepada pengguna.
- Boleh diklasifikasikan sebagai BANK SIMPANAN STOK Data, SMS dan Minit Panggilan.
- Satu-satunya plan yang tidak ada pada mana-mana telco lain.
Siapakah yang boleh melanggan SEASON PASS?
- Semua pelanggan XOX Mobile (prepaidplus, High Speed Pack, Penang #1758, United Pack, XOX XinXun, & ONEXOX)
Apa yang dimaksudkan dengan PENJIMATAN BERGANDA bagi pelanggan yang melanggan Plan SEASON PASS?
- Belian dilakukan secara pukal atau belian borong yang mana belian dengan kaedah tersebut lebih murah berbanding langganan plan biasa. Sebagai contoh: Harga data plan biase RM38 untuk 1GB kuota internet. Manakala salah satu pakej belian data di dalam Plan SEASON PASS RM109.90 untuk 8GB kuota internet. Jika dibuat kiraan RM109.90/8GB bersamaan dengan RM13.75 untuk 1GB. Ianya 3 kali ganda PENJIMATAN berbanding pakej biasa. Dalam pakej itu juga diberikan secara PERCUMA 50 MINIT PANGGILAN ke SEMUA RANGKAIAN. Itulah yang dimaksudkan dengan PENJIMATAN BERGANDA yang kami tawarkan.
Berapa lama tempoh sah Plan SEASON PASS?
- ONEXOX merupakan telco pertama yang memberi secara PERCUMA validity atau tempoh sah kredit yang panjang dengan permulaan 28 bulan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
- Oleh itu, validity bagi SEASON PASS juga adalah sama dengan validity kredit anda. Jika Tarikh sah kredit anda sehingga tahun 2020, maka validity data, SMS & minit panggilan di dalam SEASON PASS juga sehingga tahun 2020. Ini bermakna data di dalam SEASON PASS yang belum diaktifkan bersifat TAHAN LAMA serta tidak akan berkurangan selagi data tidak diaktifkan.
SEASON PASS boleh dikongsi dan berapa banyak perkongsian boleh dilakukan?
- Ya. Data, SMS & minit panggilan yg ada di dalam SEASON PASS boleh dikongsi dengan seramai mungkin kenalan anda. Manakala kenalan anda yg menerima perkongsian daripada anda pula boleh berkongsi dengan kenalan mereka yang lain. Tiada Had perkongsian untuk SMS & minit panggilan manakala Data pula terhad kepada maksimum 10GB untuk sekali penghantaran. Setiap sms untuk perkongsian sama ada data, SMS atau minit panggilan akan dikenakan caj 50 sen kepada penghantar untuk sekali sms penghantaran. Perkongsian yang dihantar akan terus masuk ke akaun SEASON PASS kenalan anda. Untuk lebih penjimatan, anda boleh menghantar perkongsian secara serentak atau sekali gus dengan 1 sms penghantaran bagi ketiga-tiga item iaitu data, SMS dan minit panggilan.
Saya hanya pengguna biasa yang tak menggunakan internet, bolehkah saya melanggan Plan SEASON PASS?
- Ya. Kami juga menawarkan pakej minit panggilan sahaja dan diberikan PERCUMA sms. Minit panggilan adalah panggilan ke SEMUA RANGKAIAN manakala sms percuma hanya untuk sesama rangkaian. Pakej yang kami tawarkan adalah serendah 10 sen/minit. 3 pakej yang ditawarkan khas untuk anda iaitu pakej minit panggilan, pakej data & pakej gabungan data dan panggilan. (Rujuk pakej di atas)
Selepas saya melanggan Plan SEASON PASS adakah data terus boleh digunakan?
- Tidak. Data di dalam SEASON PASS perlu diaktifkan terlebih dahulu. Untuk mengaktifkan data di dalam SEASON PASS, anda hanya perlu membuat langganan data yang terdapat di dalam easy menu *150#. Sebagai contoh; anda ingin melanggan data 500mb, jadi anda perlu memilih langganan 500mb/30 hari yang terdapat dalam easy menu *150#. Setelah berjaya dilanggan, barulah data tersebut aktif dan boleh digunakan. Baki data yang ada di dalam SEASON PASS masih lagi disimpan dan bersifat tidak aktif. Bagi minit panggilan dan SMS pula, ianya terus aktif dan boleh digunakan. Ini bermaksud setelah SEASON PASS dilanggan, jika langganan tersebut terdapat minit panggilan dan sms, ianya akan digunapakai terlebih dahulu manakala kredit sama ada dalam akaun DA atau MA tidak ditolak selagi minit panggilan dan sms masih berbaki di dalam SEASON PASS. Secara mudahnya, hanya data sahaja yg bersifat tidak aktif selagi anda tidak membuat langganan pakej data manakala minit panggilan dan sms terus aktif selepas langganan SEASON PASS dibuat.
Jika saya membuat langganan pakej SP D3 (Data 18GB + 150 minit panggilan PERCUMA) tetapi saya tidak mahu menggunakan minit panggilan percuma tersebut. Adakah semua minit panggilan percuma itu boleh dikongsi kepada kenalan saya?
- Ya. Semua item yang ada di dalam SEASON PASS boleh dikongsi sama ada ianya pakej belian atau diberi percuma. Tiada Had perkongsian untuk SMS & minit panggilan manakala Data pula terhad kepada maksimum 10GB untuk sekali penghantaran.
Adakah validity SEASON PASS sama dengan validity langganan data selepas diaktifkan?
- Tidak. Validity SEASON PASS adalah mengikut tarikh luput kredit anda manakala validity data yang telah diaktifkan atau dilanggan adalah mengikut tempoh masa langganan tersebut. Contohnya; anda membuat langganan 1GB/30 hari, maka tempoh sah langganan data itu adalah 30 hari. Data akan ditamatkan setelah mencapai 30 hari penggunaan. Anda akan menerima SMS peringtatan setelah 80% penggunaan dan anda juga akan menerima SMS 100% penggunaan atau 24 jam sebelum tempoh masa langganan tamat.
*** Jika terdapat kemusykilan tentang Plan SEASON PASS, sila hubungi Admin untuk penerangan lebih terperinci. Terima Kasih.